Payudara wanita adalah satu ciptaaan Tuhan yang indah, sebagai anugerah kepada kaum wanita untuk menambat nafsu kaum lelaki.
Ada juga yang berpendapat bahawa payudara wanita adalah bahagian yang paling cantik pada badan seseorang wanita. Ini disokong dengan fakta yang tidak dapat dinafikan, iaitu mata nakal si lelaki seringkali bertumpu kepada bahagian payudara wanita setiap kali memandang seseorang wanita.
7 fakta menarik payudara wanita yang setiap lelaki perlu tahu
Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang payudara yang patut diketahui oleh setiap wanita, dan tidak lupa juga kepada kaum lelaki.
- Payudara kiri selalunya lebih besarKadangkala tidak disedari dengan mata kasar, tetapi payudara sebelah kiri adalah lebih besar daripada payudara kanan. Tidak ada wanita yang mempunyai payudara yang sama saiz pada sebelah kanan dan kiri (kecuali mereka yang melakukan pembedahan plastik).
- Setiap wanita mempunyai bulu puting payudaraKajian menunjukkan setiap wanita mempunyai antara 2 hingga 15 bulu yang tumbuh pada puting payudara. Lebih gelap kulit dan rambut anda, lebih gelaplah bulu pada puting payudara anda. Payudara juga boleh dijangkiti jerawat dan bintik hitam, oleh itu pastikan anda menjaga payudara anda dengan lebih teliti.
- Berat payudara normal adalah 1% dari berat badanSetiap payudara menyumbang kepada 4% hingga 5% daripada lemak badan, dan 1% daripada berat badan total. Walaubagaimanapun, payudara boleh membesar dan menjadi ‘gemuk’ selari dengan meningkatnya usia. Fakta juga menunjukkan wanita yang merokok mempunyai payudara yang kurang kenyal berbanding mereka yang tidak merokok.
- Lebih 2 juta wanita mempunyai payudara yang palsu!Dari Pamela Anderson kepada Katy Pery, kaji selidik menunjukkan seramai 2 juta wanita di dunia melakukan pembedahan plastik pada payudara mereka. Fakta ini menunjukkan betapa kaum wanita amat menitik beratkan penampilan payudara mereka.
- Payudara membesar ketika teransangSeperti juga zakar, payudara akan membesar ketika si wanita terangsang. Begitu juga puting payudara.
- Payudara tidak suka bergegar dan melantun ke sana siniAwas bagi mereka yang suka bersukan dan melakukan aktiviti lasak. Pastikan anda memakai coli yang direka khas untuk bersukan kerana payudara anda tidak suka bergegar dan melantun. Jangan mengabaikan perkara penting ini kerana anda perlu menjaga kesihatan payudara anda sepenuhnya.
- Payudara boleh berubah bentuk dengan tabiat tidurAgak sukar untuk menerima hakikat ini, tetapi fakta ini telah dibuktikan oleh kajian. Kajian menunjukkan faktor yang paling mempengaruhi perubahan bentuk payudara ialah tabiat tidur. Pakar-pakar mengesyorkan posisi tidur yang paling sesuai untuk kesihatan payudara ialah dengan tidur mengiring, dan bukan meniarap atau tidur terlentang.
Diharap dengan mengetahui fakta-fakta tentang payudara ini, kaum wanita akan lebih prihatin dan mengambil berat akan kesihatan payudara anda.
Seperti yang saya nyatakan, saiz payudara tidak begitu penting, yang penting ialah payudara yang sihat dan dijaga dengan rapi akan kelihatan pejal dan cantik, dan tidak lupa juga kelihatan menggoda dan mengghairahkan bagi pasangan anda.