Ada yang sanggup menjaja "Air Mata Buaya" demi untuk mendapatkan sokongan Simpati Murahan dari kalangan rakyat. Malah ada yang sanggup bersekongkol dengan pihak musuh Negara.
Semua kerana mereka ini dari kalangan manusia yang sentiasa mendahagakan perhatian dan mendambakan Publisiti Murahan semata - mata. Bukannya diorang buat untuk orang lain.
Maka sebab itulah sejak dua tiga hari ini nama salah seorang wakil yang bersembunyi disebalik kumpulan G25 tu menjadi bahan bualan hangat dikalangan rakyat, termasuk perwakilan UMNO.
Hanya sebab dia tampil dengan satu pandangan jahil terhadap Hukum Islam membuatkan dia menjadi bahan perhatian dan disebut - sebut. Terutama dikalangan pengguna laman media sosial.
Tapi, rata - rata mereka memberikan pandangan negatif terhadap apa yang cuba dibangkitkan oleh wakil kumpulan G25 tu sendiri. Bukannya menyokong desakan yang diberikan.
Seperti kata Ketua Pemuda Umno Bahagian Sik kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil kumpulan G25 tu adalah satu 'Ancaman Terbaru' kepada ikatan perpaduan agam dan bangsa.
Menurut Mahadzir Abdul Hamid, pendapat yang diberikan itu bukan sahaja mengelirukan masyarakat secara umum, malah turut mengancam keselamatan perpaduan dikalangan umat Islam.
"Kita dilanda pelbagai isu dalam negara. Agama diancam oleh pelbagai masalah hari ini. Dulu masalah Alvin Tan, yang terbaharu, isu kumpulan G25 mengeluarkan kenyataan khalwat yang dilakukan di rumah tidak patut ditangkap," katanya ketika menyampaikan usul agama pada Perhimpunan Agung Umno 2015, di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.
Realitinya, pemahaman Liberalis yang cuba diterapkan sedemikian perlu dikekang oleh pihak Kerajaan. Jangan biarkan orang seperti itu meraih Populariti Murahan sehingga diangkat sebagai seorang 'IKON' yang mampu menghuru - harakan Negara!!!
Sumber