Peminat Persoal Status Muslim Scha Al-Yahya
Scha Ni Islam ke Tidak? | Scroll2 gambar kat laman Instagram, tiba-tiba mata terus stop kat satu gambar. Nak tahu gambar apa? Gambar Scha Al-Yahya dengan anaknya iaitu Lara Alana. Memang dua beranak ni comel, itu tidak dapat dinafikan.
Tapi, seksi sangat kot dok berpakaian macam tu. Yang maknya pun seksi, diajar pulak anak yang masih kecil tak tahu apa-apa berpakaian seksi macam itu. Itulah orang dok cakap, nak didik anak, biar dari kecik-kecik.
Kalau dah waktu kecik tak diajar dengan sikap malu untuk tayang aurat kat orang sana sini. Besok lusa anak tu dah besar, keluar rumah pakai seksi jangan dok marah pulak. Tapi, tulah maknya pun seksi, takkan nak suruh anak pakai tudung pulak kan. Macam pelik pulak. Hahaha.
Sampai ada peminat yang tegur kot, yang Scha ni sebenarnya agama islam ke tidak?? Sampai tak tahu halal haram berpakaian seksi macam tu. Itulah yang selalu dok dengar orang cakap, pada IC saja tulis beragama Islam. Tapi, kalau tengok dari segi pakaian dan penampilan,dah tak menggambarkan diri tu Islam.
Malu la wei bila sampai orang dok pertikai agama kita, kalau orang yang tanya tu pulak orang bukan beragama Islam lagi la bertambah-tambah malu dia. Dah jadi mak orang dah pun, ajar la anak tu berpakaian elok sikit. Nanti anak dah besar panjang baru nak suruh tutup aurat, payah dah la anak tu nak dengar cakap.