Terkantoi...!!! ini lah foto erra fazira yang korang tak pernah tengok selama ni..!! aku sendiri pon pengsan masa tengok tadi..!!

Terkantoi...!!! ini lah foto erra fazira yang korang tak pernah tengok selama ni..!! aku sendiri pon pengsan masa tengok tadi..!!






Gambar Erra Fazira Pakai Bikini Semasa Mewakili Malaysia - Pertandingan akhir ratu cantik Miss Malaysia-World 1992 telah berlangsung pada 23 Ogos di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur.

Pertandingan tahun itu merupakan siri yang paling diingati ramai kerana seperti yang diketahui umum ia telah dimenangi oleh pelakon cantik iaitu Erra Fazira yang kini merupakan seorang pelakon terkenal. Ketika itu nama Erra belum dicipta dan beliau masih menggunakan nama asalnya Fazira. 

Pertandingan akhir tersebut disertai oleh 14 orang gadis, iaitu:

Priscilla Ku (24 tahun, berasal dari Melaka)
Cecelia Leong (21, Wilayah Persekutuan
Lam Woon Nee (20, Perak)
Cynthia Ong (18, Pulau Pinang)
May Yeoh (19, Selangor)
Jojo Tan (19, Johor)
Chew Sing Yee (21, Pulau Pinang)
Fazira Wan Chek (18, Wilayah Persekutuan)
Liew Soo Fon (18, Sarawak)
Wennie Chia (23, Selangor)
Tina Chia (25, Sabah)
Catherine Gripes (19, Sarawak)
Cecelia Lim (25, Johor)

Melissa Choy (25, Melaka).

Sebelum pertandingan akhir itu bermula, media cetak telah memberikan publisiti yang lebih kepada Fazira kerana statusnya sebagai "peserta Melayu tunggal". 

Akhbar tabloid Panca (Mingguan Malaysia) menggambarkan Fazira sebagai seorang yang mempunyai perawakan dan personaliti yang menarik,senyuman yang "mengancam", wajah yang anggun menawan dan jelingan mata yang menggoda.

Fazira yang ketika itu masih berusia remaja dilaporkan sedang menuntut dalam bidang komputer di Cyma College, Petaling Jaya, dan beliau juga pernah muncul sebagai model iklan televisyen untuk bedak berjenama Zaiton.



Kemenangan Fazira dalam pertandingan Miss Malaysia-World 1992 itu telah melayakkannya menerima hadiah wang tunai sebanyak $6,000 berserta trofi dan lain-lain barangan berharga. Selain itu Fazira turut memenangi gelaran Miss Polignac Physique dan Miss Fuji Photogenic yang menyediakan hadiah wang tunai $1,000. Dengan kemenangan itu juga Fazira terpilih untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss World 1992 yang diadakan di Afrika Selatan pada Disember tahun itu.

Pemenang lain dalam pertandingan akhir Miss Malaysia-World 1992 itu ialahJojo Tan yang mendapat tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai $3,000, dan Cecelia Lim Mei Ping yang mendapat tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai $2,000. Kedua-dua mereka yang berasal dari Johor turut menerima trofi dan lain-lain barangan berharga.